Saturday, December 26, 2009

serangkap pelengkap dari crot.

kita keluar dari selimut malam
dengan tangisan dari langit,
untuk segala yang beputar dan hanyut
kita berlari mengharapkan kaki berhenti,
saat mereka berenang telanjang
dalam gelas wiski,
topeng entah ke mana,
berebut buah dada.
kita kutip cebis-cebis mimpi
dalam lopak dan lubang-lubang
di jalan raya,
kita cantum buat mainan
sekadar meraih senyum untuk
kemiskinan yang melimpah bagai bah.
kita senyum esoknya
untuk dunia dan pura-pura
dan dengan segala yang hanya tinggal kata-kata.

Friday, December 25, 2009

santa dan keterlanjuran nya.


encik santa sgt hebat.
ilusi dan dongeng.
bukan masalah nak menjadi kegilaan.
aku harap encik santa terlanjur memberi hadiah kepada aku disini.
sedikit je hadiah aku nak santa claus:
-pelanduk ajaib lu yg lame.
-topi santa saiz L.
-geran tanah kat rottendam.
-setiap bulan masuk elaun entertainment dlm 40 ribu dah la.
tu je.
-anda.


esok la bagi ,its ok.

:))
santa tidak racist la,i rase la.

Sunday, December 13, 2009

jari senja.

pemerhati.
ada situasi.
ada ditepi.
watak yang tidak dibayar.
umur senja.
mulut berbicara pedas terasa.
bukan luka dipinta.
hati terasa.
diam dan diam
maseh kekal untuk seketika.
sampai bila.
isu senja dan jari dosa dia.
aku hanya pemerhati
dan gelak sinis untuk lelaki bertopengkan idola.
kau cukup sial
jari dan umur senja kau.
kau yang digelar jari senja
dulu kau gagah
tapi itu dulu.
aku pelabel ya kau kena tahu.
jangan sampai
mulut sinis berbicara melibas punggung2 sekitar anda.

Tuesday, November 24, 2009

PEMERHATIAN 7

pandang kau.
kau
kau
haih
mahu bagi hati begitu sahaja.
tapi bila fikirkan aku.
segunung rasa.
sebakul hati.
sscawan rindu.
mungkin sedang dirasa.
kau aku senang.
potretkan dulu aku dalam hati kamu.
lakar bukan penentu.
aku mahu potret.
sebab kau
bermakna la.
untuk lafazkan benda berhantu itu.
detik tambah memori.
kau akan sedar.
dunia akan statik.
bila kucupan langit tiba untuk kamu.
bukan aku pun tidak apa.
sebab aku mahu kualiti aku dalam hidup kau.
baik aku.
kau tahu aku.

Sunday, November 22, 2009

judikan diam aku.

aku.
akan diam.
sebab itu jawapan terbaik.
dapatkan kunci guna peta.
hati disorok dalam kotak itu.
kau dia mereka.
setitik darah aku dikeringkan.
kau akan tahu.
yang darah aku bukan normal
sebab
nama kau
nama dia
nama mereka.
hendak aku kata ya kan?
ya.
timekaseh jadi sebahagian aku.
hati aku.
subjektif

Monday, November 16, 2009

blackjack 21.

aku.
roh dan jasad.
21 tahun.
selamat hari lahir madi.
timekaseh
timekaseh
timekaseh
yang bersama aku.
aku dah 21.
suara,mesej,komen,puisi.
buat aku terkedu.
senyum.
aku takkan menangis.
tapi semua
kau lah faktor itu.
sial.
muah muah.

doakan aku.
aku masih dengan kertas,
pergi secawan malam lagi.
untuk malam ini.
-madi-

Saturday, November 14, 2009

Ayah aku.

selamat hari jadi.
berjanggut putih
muka semakin berkedut.
kurang marah lagi.
kacak seperti artis tempatan 40-an.
konklusi,dijemput tinggalkan alam muda.

Kau kena tahu,
aku,anak lelaki pertama mu.
sayangkan kamu.
kau idola.
kau punca aku begini.
aku akan berjaya sebab kau.
duit kau nasihat kau.
semua aku kotakkan dalam minda.
masa kau untuk aku.
buat aku tersenyum.
terima kasih marah dan rotan aku.
aku sedar
itu proses normal sebagai anak lelaki yang hebat.
ayah.
selamat hari jadi.




sms aku kt ayah:ayah,hepi besday.abg long dan housmate wish.adi baru abis 2nd paper td byk lagi.:)*bunyi mcm drama sikit.
sms ayah kepada aku:noted that thank you and good luck*padat dan casual.


next sms aku kpd ayah*belum hantar lagi;
sms aku untuk ayah:ayah,adi xde duit.duit overflow.masuk sikit.

hehehehe.:)

Tuesday, November 3, 2009

93 Posts, last published on Oct 20, 2009

post ke 94.
tiada apa yang berubah.
sekali sekala
pandang cermin
aku nampak
lelaki misai yang hidup terumbang ambing.
malas fikirkan angka 21.
mahu fikirkan 3 antara 4.
jikalau tuah sentiasa menemani
aku rasa kali ini.
tuah akan mengucapkan selamat tinggal juga.
usaha itu kunci.
hilang lagi kunci.
hilang dan terus hilang.
perahan maut minda je tinggal.
huh.

Tuesday, October 20, 2009

senyum.


maseh senyum.
kau berduka.
kau sedih.
kau rindu.
kau marah.
dan
kau berseorangan di meja dinner.
lupakan rasa diatas.
senyum sahaja pengubat lara.
kerana tiada tanya
aku masih sama.
masa dan masa makin tua.
gelak dan senyum sahaja.
serius.
tiada istilah tipu ya.



p/s:selamat pagi semua.



Tuesday, October 13, 2009

pahitkan udara.

secawan kafein.
14 ketul ais.
sebatang nikotin.
separuh fikiran kosong.
secubit cahaya.
bunyi musik berpusu.
selamat pahitkan udara.
harap manis itu sentiasa menjadi idaman.

Monday, October 5, 2009

titik noktah.

tiada musik tanpa laghu,
tiada hero tanpa raksasa.
benci situasi A
benci situasi B.
keliru dengan irama hidupku,
seluruh irama janggal bunyinya.
tapi tangan kanan masih
memegang titik noktah.
aku sedia baling titik noktah
hidup dengan irama janggal yang masih baru.
harap indah sentiasa menunggu.

Saturday, September 12, 2009

lens without cover.

lensa kamera aku.
tiada penutup depan.
berwajah penjajah.
calar malar balar ibarat sudah lama.
nafas lama berpenunggu.
berpenunggu itu sudah cukup.
lensa kamera aku.
kau perlu gambar padukan.
lokasi anda?

Wednesday, September 9, 2009

gumpalan tisu dicantas angin.

kau datang ke pusat,
lalu ke mata,
hati bertanya itukah dia?
aku sepak tisu
peluang angin.
angin kononnya membawa pergi.
jelas bukan dia.
mungkin perempuan alfa romeo,
kawan jauh tapi dekat dgn dada berkata.
itulah dia.
normal aku,
gelak tersenyum pijak tisu dan pergi.

Thursday, August 27, 2009

korup.

gaya hidup korup.
diminati ramai.
senang.
mudah.
jalan pintas untuk segala benda.
salah jika kau rasa bersalah.
didik diri untuk korup
masalah bawah kaki.
serius.
kau benci korup
makna
kau suka masalah.
ada cara untuk lari dari korupsi ini.
bantu aku didik kembali
tanam jati diri.
sekeliling aku korup.
salah aku atau salah tempat aku?
kau baca
dan berkorup bersama?

Thursday, August 20, 2009

part of shiver.maen sejuk.

So I look in your direction

But you pay me no attention, do you

I know you don't listen to me

'cause you say you see straight through me, don't you



And on and on from the moment I wake

To the moment I sleep

I'll be there by your side

Just you try and stop me

I'll be waiting in line

Just to see if you can



Did she want me to change

Well I change for good

And I want you to know

But you always get your way

I wanted to say



Don't you Shiver Shiver Shiver

I'll always be waiting for you

So you know how much I need you

But you never even see me, do you?

Friday, August 14, 2009

Malam Malap Mengelap Lelap

suka sebut pasal malam,
suka hidup waktu malam,
rasa gagah waktu malam,
tiada malam tiada suara i,
so i batman u all.
hahaha..
gudmorning!
ucapan untuk dapatkan tidur yg indah.
tata.

Wednesday, August 12, 2009

shitty day.

such a shitty day.
darkest way to say,
it is not simple.
curse me curse you,
fix me fix you,
all the things you do.
never called sin.
turning without looking,
crossing the road,
with many eyes
try be with you.
we live in beautiful world.
yeah!
but shitty day still waiting for you.

Wednesday, July 29, 2009

hilangkan aku dari peta dunia.

aku mahu hilang,
dunia yang indah.
sekadar jumpa.
aku rela hilang dari peta dunia.
untuk seketika.
kembali
berwajah baru
bagai panglima di darat
lanun di lautan,
darah dan fikiran
digilap untuk kebaikan
jumpa lagi masa depan.
peta dunia kau mahu ku hilangkan?

Wednesday, July 22, 2009

siulan syaitan songsang darah muda

kau muda,
kecil yang kau ingat besar,
hitam yang kau sangka kuasa,
darah kau darah aku sama,
hubungan jelas tertera,
tunbukan yang kau rasa,
jelas,maaf untuk kau bersyarat,
kau dengan syaitan ,
kau beredar,
syaitan ketawa,kau berduka,
kerana kau masih muda,
siulan sahaja ,
kau terpedaya,
mana arah yang kau pergi?
itu pun kau salah,
kau mahu monolog ku bagi,
tumbukan itu,
aku marah,
kalau kau sedar
sebab kau,
hilang air mata ,
sebab kau ,
masa pergi bersahaja,
sebab kau,
duit entah ke mana,
sebab kau,
hati luluh tidak bersuara,
tipu diri aku,
kalau aku tak sayang kau.
kau dan aku berbeza,
banyak cara mengajar kita.
jangan mati hati.
siulan pergi dari sini.
dia masih muda.

Wednesday, July 1, 2009

secawan malam

bak datang weii!aku dah mula berhenti kerja untuk bersama anda semua!jangan byk tanye ape keje aku!pekerjaan yang paling tough dalam malaysia!babai..sampai ketemu semua!darah mula emas lepas warm-up masa kerja!hadeeeyh~

Saturday, June 20, 2009

telegram untuk kau

kau jauh.
aku statik.
kau pergi.
aku masih statik.
kau bersuka.
aku berfikir untuk statik.
statik itu bukan jawapan kan.
macamane?
bagaimane?
apa itu kalau kau bermakna untuk aku.
darah aku perlukan kamu untuk terus beraksi.
promise ai?
masa itu indah.
rasa paling mewah bila masa janji ai.

Tuesday, June 16, 2009

Makan Dalam Tan Cheng Lock

makan dalam yang sangat bermisi dan slalu nya sinis dari pandangan mata orang awam(level up).
dalam erti kata lain,slalu nya berlaku apabila banyak pihak mula berbual pasal kau,dan kau melakukan banyak benda2 noob dan ,merosakkan hati.
Makan Dalam Tan Cheng Lock selalau melibatkan konspirasi beberapa orang,kesan nya sangat puas hati la org kate.melalui perbuatan,pecakapan yang melibatkan beberapa orang dalam aksi tersebut.
Makan Dalam Tan Cheng Lock mahu rasa?elakkan bebeh~

Saturday, June 13, 2009

wanita 5

yes! anda adalah wanita ke-5.
name:asha.
deskripsi:darah u ,buat darah i mengalir laju .
dan anda ada di jb.dan anda ade pssst...psst ngn kawan saya.sampai ketemu!

Wednesday, June 3, 2009

PEMERHATIAN 6

dikalaku berjabat tangan,
terasa indah nikmat bersalaman,
dikalaku hulurkan tangan,
terasa nikmat diberi balasan senyuman
dikalaku menadahkan tangan
nikmat memuja
kudratMu tuhan,
kalau itu tanganku,
langkahku separuh di syurga,
tapi hari-hariku,
tunjukkan mari lah kita bergelap bersama,
aku lemah,
kalaulah..
itu tanganku.
masa anugerahMu..
aku masih longlai dibuai hari-hari
penantian merah panas hari agung itu..
keluhan kesal hamba hina maseh terdengar
lohong kecil panas merah menghantui pemikir kematian,
hati berkata mahu,
bagaikan tipu hati untuk itu kalau inilah yang ku mahu,
sedar tiada guna kalau perbuatan itu statik jawapannya.
adakah kalimah lailahailallah penyelamat itu.
tuhan Kau satu,
aku mengaku dengan kudus ku,
dunia tetap sementara.
mula langkah untuk itu,
bagaimana kamu??
mula atau sekadar baca?
hak kamu.
hak aku.
nyawaku dipinjam sahaja.
kamu mestilah sama.
mari kita.
perlahan langkah apa.


2.40 a.m
saat pejam mata.
(situasi,aku ambil sebuah buku kat atas meja dalam bilik ayahku, yang bertajuk islamkah kamu?aku baca sampai habis)pssst.pssst..dunia hampir kiamat!

3 wajah bertuah untuk minggu kosong pertama



seniman menangis

malam ini,
akulah seniman,
setelah kita putuskan tunangan,
tiada kawan yang dapat menekap duka,
ku berikan,
bergembira,
ku tertawan,
di hutan berdansa,
hingga diri yang sedang berduka
percaya
aku tersenyum
ku tersenyum
dan tertawa
ku berdansa
ku berdansa
bagai nak gila
kalau kau berada di belakang
takdir menyaksikan
kau akan melihat seniman ini
menangis,


sepi indah bila kawanku pulang,
seniman ini duduk keseorangan
tinggal diri yang sedang berduka
tak percaya
tapi indah apabila
takdir ditentu ohooo~
lampu lampu gelap gelita
keseorangan
kalau kau berada dibelakang
hadir menyaksikan
kau akan melihat seniman ini
menangis.

seniman menangis.ciplak.

Wednesday, May 27, 2009

Malam Semalam Dengan Segerombolan Kosong



malam semalam bersama anda,telah buktikan kawan itu emas,walaupun emas yang ringan its just nice.kosong itu tiada nilai! ya! tepat!tapi segerombolan kosong akan buat satu lumut tertanya-tanya,kosong itu indah kah?jawapan nya indah!:))

Friday, May 22, 2009

gambaran kosong sebelum hari sabtu yang formal bermula!








dunia yang kosong kadang-kadang indah!trust me!see the kosong from your heart,and your heart will fall and follow the kosong flow,without asking,because the kosong too nice to be truth!haha!

Wednesday, May 20, 2009

kosong!

5.56 pagi yang masih kosong yang mungkin difahami oleh pengguna-pengguna perkataan 'kosong' secara jelas!
keluh sikit,
penat sikit,
peluk sikit oleh jay jay,
hmmm....
sume tuh bende2 kosong yang mungkin difahami bila kau sedar ayat kosong tuh sgt luas penggunaan beliau dalam kehidupan harian kita!
haih!
dead!
rasa macam ada benda yang tertinggal,
rasa macam ade benda lupa nak cakap,
rasa macam hilang,
rasa macam jauh,
rasa itu tidak indah lah senang kata!

ubat untuk benda2 kosong ini biasa sembahyang,ketawa,perbualan,tidur,happytime,daun hijau,mungkin!

biasanya aku ambil semua ubat dan overdose!dan biarkan masa itu berlalu,sampai aku rasa,masa kau yang salah!

kalau masih tidak hilang,
aku lakarkan peta untuk ditanda sebagai destinasi untuk cuti ini!tapi....
sebab kosong sgt ,tugas melakar pun susah,

pinjam jap wajah subjektif itu,semua tuh akan jadi biasa2 balik..sebab..

aku yang bersalah,kenapa aku perlu rasa kosong?darahku yang merah keemasan sudah berkurang la aku rasa...haih.tapi...

Wednesday, May 13, 2009

konspirasi suci

ahli keluarga patik berlegar2 di jaringan-jaringan internet sejak akhir-akhir ini,
aku mula kurangkan ayat2 kurang manis atau carutan padu,
untuk elakkan imej just nice patik dicemari disebabkan nukilan2 yg patik tulis,
ini satu konspirasi,yes!anda ke percaya,
hal ini akan dibincangkan paling lewat pun raya tahun ini sebagai post-mortem utk setiap ahli keluarga,
macam telenovela yg mempunyai pelakon yang sgt petah berbicara di depan kamera!
haha
rindu perjumpaan keluarga dow!
tapi setiap manis mesti diselang-selangkan dengan pahit baru rasa hidup ini subjektif!
kesimpulannya,final exam macam dead gak!haih!
p/s:nak cuti,nak jumpa duit banyak pastu abiskan!

Thursday, May 7, 2009

panahan hitam berdosa

demi alam yang terbentang luas,
aku bebaskan setiap hela dengan fikiran kosong,
darah mengalir kelajuan cahaya,
tapi aku masih tidak mampu buat apa,
aku kau dalam dunia sama,
kau ucapkan selamat tinggal dahulu,
kalau masa sebelah aku mungkin,
aku tatap wajah kau untuk kali terakhir,
semua sudah berlalu,
laknat untuk pelaku itu,
dunia tidak berakhir bila darah hitam mu mengalir,
tunggu sahaja.

untuk si setia,
setiap jejak kamu ,bayang-bayang putih untuk kamu!
mula dengan tangis,
berakhir dengan indah,
jasad hanya jasad,roh hanya roh,
dia sudah pergi,ambil masa dan berlari!
itu untuk sedap hati!haih!

aku,
hanya bersedekah hanya yang mampu!
selamat tinggal paksu,
muda sangat untuk itu.
tapi ajal siapa yang tahu.
al-fatihah.

Wednesday, April 22, 2009

entri aku mula membosankan!

larinya sebuah cerita,
disebabkan tiada plot untuk diingati,
babak dan episod hidup mesti ada kualiti,
kalau kau boleh mengingati sudah cukup,
aku mahu senyuman yang ganjil,
yang lahir untuk kamu
bagiku,
pengukir senyuman, pengukir yang agung,
hati engkau separuh bidadari ,
hati itu penuh rahsia,
bagiku lagi,
untuk kau,
tiada sebab untuk lari ,tinggal, lalu ketawa untuk itu.
entri ini masih bosan aku rasa..

Wednesday, April 15, 2009

mesin masa kemana kau?


gamba diatas dicuri dari nadeazowie punya artwork!(taqim dan ali thanx interframe)
tarikh:cuti sem mase 1st sem!
hari ini,
tidak berminat untuk meletakkan pos untuk wanita ke-5
sebab gambar2 dalam kotak memori alat canggih aku terhad dan hanya gambar2 lama yang tinggal,
bila aku lihat gamba diatas dalam page seorang kenalanku aku mula sedar masa itu bergerak pantas,
tiada lagi masa yang boleh dibuang dengan sewenang-wenangnya,setiap detik itu pengalaman,setiap kawan itu permata,kalau permata tidak digilap mungkin akan pudar serinya apatah lagi kawan,aku percaya satu hari kita akan luangkan masa seperti dulukala seperti aku adalah jelmaan 18 orang manusia yang sama dan pergi ke 18 tempat serentak untuk meluangkan masa bersama anda.kalau itu masih x cukup aku beli mesin masa untuk bina hari yang panjang seronok dan dapat menjawab test dengan baik tadi!macam biasa akhir kata aku x benci kau test cuma kau kene faham aku sikit je!selamat menjawab peperiksaan untuk semua yang sedang menghadapi nya,saya disisi anda!

Sunday, March 29, 2009

lepas ini adalah pos untuk wanita 5!


lucky ball no 5 ada jawaban tersebut!

kotak sahaja untuk kamu!

aku kenang,
aku amik kotak,
lalu aku amik kertas,
tuliskan nama aku dengan dakwat hitam,
aku amik pita lekat,
dan tampalkan di kotak itu,
jadi lah kotak hati yang minimalis disitu,
hati itu aku janji akan kutempatkan sebelum ku pergi,
aku cari di tempat itu,
sbb kau mengajar aku erti yang susah difahami,
sekarang aku teruskan misi dari penjagaku,
hati jangan jauh sgt,nanti aku penat mencarimu lalu mati,
mati tidak berhati satu epik!tidak praktikal disitu..
aku teruskan..hati dan kata ku berbeza,itu pengakuanku..
tapi...kalau hilang lagi?
aku yang salah,sebab kau betul!
hatiku kau cuba datang sendiri,sebab kotakmu disini!

Thursday, March 19, 2009

Monday, March 16, 2009

Thursday, March 12, 2009

pemerhatian 5

selepas,
hilang nya hati ini..
aku rela pergi..
kau yang terakhir
aku mahu kasihi...
aku tidur,aku pejamkan mata.
imaginasi aku tentang kau terus menusuk piksel-piksel fikiran ku..
kalau ini terlalu awal..
batu pun akan berubah,
manusia lagi lah..
semuanya masa..
sekali-sekala mahu ku beli masa..
tapi aku sedar..
masa sangat mahal..
aku harap masa memihak terhadap aku..
aku mahu berlari
lari pun memikirkan kau..
mesti angin pun mahu ambil tahu ..
angin kau hanya penyeri untuk aku
tapi timekaseh untuk itu.
kalau satu hari nanti kau akan pergi..
harap jangan.
serius..
hati aku tersangkut didadamu..
tiada istilah yang boleh menilai
hati aku.
itukah suara lelaki yang memburu cinta
subjektif kan..
satu lagi..
aku cuma bagi rasa tentang itu..
macam biasa wanita penilainya...
jangan tanya lagi pasal ini.
sebab ini boleh buat aku sasau !
kau rasa sendiri!

Monday, March 2, 2009

hujan semalam di bumi tronoh

hujan,
sejuk,
demam,
sinonim sungguh anda..
tiada irama lagu dari si katak untuk menemani hujan itu...
kalu katak tiada lagu,
mungkin anda penyeri si hujan,
hati mudah berkata benar bila hujan mungkin,
haih,
jangan mengeluh lah si hati,
pejam!nikmati! dengar irama rawak darimu....
bukan ku pinta demam,
tapi memang kajian terbukti..
kau hujan penyebab demam..
dari jauh sudah tahu kelibat kamu..
yang rindukan bumi gersang tronoh ini..
harap begitu..
tapi itu semalam..
hari ini..
hingga seterusnya..
harap basahmu hilangkan rindu
kau yang bernama tronoh..

Sunday, February 22, 2009

adakah indah?

indah!
kau buatku terdiam seketika,
tidak terlafaz dari lidah,
sungguh sukar difahami,
lebih baik begini.
sebab suatu hari,
hari-hari yang berlari
akan ku kejar
sampai ku rasai
yang perasaan indah itu sukar dicari.
pesanan dan hakikatnya,
lebih baik begini.
jalanku disuluh,
bintang bulan kau pun terpaksa akur
yang dunia akan hilang lagi
tapi masa tetap pemberitahu
ya
lebih baik begini.
tapi
adakah indah?


Tuesday, February 17, 2009

100 bende betul pasal lelaki itu

001. Name → mohamad asmadi b othman
002. Nickname(s)→ madi,madi dan tambahan laen dihujungnya
004. Zodiac sign → scorpio
005. Male or female → lelaki
006. Elementary → skpj,skpp
007. Middle School → Smkpu 1,smkrmm
008. High School → asis
009. College School → UM,UTP
010. Hair color → Black
011. Long or short → long
012. Loud or Quiet → loud
013. Sweats or Jeans → jeans
014. Phone or Camera → camera
015. Health freak → angin pasang
016. Drink or Smoke? → smoke sahaja
017. Do you have a crush on someone? → yes
018. Eat or Drink → drink
019. Piercings → ears when 3 yrs old-6 yrs old
020. Tattoos → none

FIRSTS:
023. First piercing → 3 y.o
024. First best friend → mislan skpj(aku mmg plg lost contact ngn kau)jgn mati bai!
025. First award → best student in form 1
026. First crush → tadika,wanita berambut tocang dua!
027. First pet → labah2 dalam kotak mancis
028. First big vacation → hmmm,cameron highland mungkin
030. First big birthday → lupe tp mase kecik ah

CURRENTLY:
049. Eating → tidak
050. Drinking → tidak
052. I'm about to -tido now!
053. Listening to → no no no-yeah yeah yeahs
054. Plans for today → g galeri
055. Waiting for → you.haha

YOUR FUTURE:
058. Want kids? → yup
059. Want to get married? → mestila anjeng!
060. Careers in mind → senior engineer sahaje

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → lips
070. Shorter or taller? → taller
072. Romantic or spontaneous → spontan
073. Nice stomach or nice arms → nice legs
074. Sensitive or loud→ loud
075. Hook-up or relationship → huntering,haha
076. Trouble maker or hesitant → neither

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → yup, setiap setahun masa zaman skolah
081. Ran away from home → x kan cume pergi mengembara
082. Held a gun/knife for self defense → nope bebeh!
083. Killed somebody → no
084. Broken someone's heart → yes,itu zaman muda bai
085. Been arrested → noo
087. Cried when someone died → aah!

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → at times
090. Miracles → goodtimes
091. Love at first sight → heck yes
092. Heaven → ya
093. Santa Claus → no but jack sparrow is yes!haha
094. Tooth Fairy→ nope
095. Kiss on the first date→ wahaaa hell no!

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → yes
098. Are you seriously happy with where you are in life → happy full-time
099. Do you believe in God → yes
100. Do you pirates-→yes haha!

Monday, February 16, 2009

onar di gua tempurung

lokasi:gua tempurung!
deskripsi:
27 onar yang dilakukan:
melakukan aksi tidak senonoh untuk tatapan kanak2
merokok di kawasan gua
mencarut di kawasan gua
menyambut hari jadi ke 20 utk popy di dalam gua seperti garden party
membuang air besar di dalam salah satu gua yang tertua di malaysia(bukan asmadi othman)
yes!itu baru 4!
23 lg itu kte akan berkongsi bersama bila ada masa untuk ke gua tempurung!




a

Saturday, February 14, 2009

v-day la vida

kalau 14 februari itu bukan sangat kontroversi,
dan kalau semua orang mahu menyambut hari tersebut,
kalau bukan kerana sejarah yang ntah mana datang,
ya!tapi ini bukan pasal kalau lagi..ini benar!
ini tentang pendapat,
bercanggah mungkin?
tapi pendapat itu mesti mempunyai asas yang kukuh!
melibatkan agama!
mungkin berfikir 14 kali lagi?
mahu sambut juga!
jemput!
semua orang berfikiran berbeza tentang ini,
kalau kau tanya aku,
aku mungkin memberi jawapan sinis,
ada sejarah mengatakan,
kau sorang lelaki kristian,yang cintakan agama dan tuhan,
mempunyai kisah cinta dengan wanita,
kisah yang unik,
kisah yang agung,
kisah yang style,
lalu kau mati menyembah bumi 14 februari,
mati sebab cinta,
wah2
lalu dibukukan,
menjadi perbualan,
hingga berzaman-zaman,
dan menjadi tarikh keramat,
tapi untuk apa itu semua?
semua itu sejarah...unik!
yang penting kalau aku ada zaman itu,
aku akan menjadi pembunuh itu ,dan merampas wanita itu,
konklusinya, aku la watak utama cerita itu.dan lepas tu mungkin semua orang tidak akan berasa berdosa untuk menyambut hari 14 februari
sebab aku islam,aku cuba menegakkan islam secara tidak langsung dan secara tidak sengaja juga bercinta...
apapun anda nak panggil ari tersebut. lebih baek
madi's day.. mungkin aku tersenyum!
hmmmm tapi itu kalau dow.....
kau mempunyai pilihan untuk itu!


btw,star(14 feb) and popy(15feb) hepi besday dol!anda dah tua!noh kau penipu tahap lelaki rebel!pentipu

Thursday, February 12, 2009

jiwa rebel

jiwa rebel,
bunyinya pelengkap darah negatif,
kemana hati yang tertulis asli,
kemana diri yang dicop penggusti,
mana semua.
petikan berpermata yang ku cari,
persinggahanku tidak bermakna,
kalau hatiku cukup hitam untuk ke neraka,
argggh,
jiwa rebel,
jiwa rebel,
jiwa rebel,
tiga kali sudah pasti,
apakah kau tersorok?
di mana kau jiwa rebel?
keluarlah
hatiku dari jauh mungkin rebel,
dekat?
kikisan dari senyuman
sudah cukup mengerunkan si rebel itu,

tiada istilah menangis kalau kau berjiwa rebel,
dikecualikan untuk kematian,
kehilangan,
terbang mungkin tidak terjadi
ia masih mimpi.
kalau terjadi
owh aku memang lelaki misteri
berjiwa rebel tidak lagi
selamat tinggal jiwa rebel
aku dan kau sudah sampai masa!
untuk berhenti menghasut aku
kau yang digelar si rebel!

Saturday, February 7, 2009

PEMERHATIAN 4

jangan kau tanya lokasi patik,
jangan dow,
mungkin terpikir akalmu,
tapi jangan sesekali terlintas untuk pergi
dengan ktm,
tidak sekali!
lokasi berpanas petang berpanas mlm,
itu label ku untuk kau,
tidak terdetik untuk ku berjalan kaki merata-rata
di kawasan ini,
berbekalkan alatan keramat,
aku menangkap saat hati aku mahu la~
yes!kau biasa!aku mungkin belum buat onar disini
tapi akan,
aku ade esok lusa
sape tahu!
bukan niat hadir ke tempatmu untuk membeli basikal,
tapi untuk merasa angin disini,pastinya bukan sejengkal
aku tidak merosak seni puisi,tapi bermonolog untuk hati,
kau tanyalah apa2!yes!aku lelaki!
lokasi anda?
aku di perlis!
aku dah jumpa cinta sekilas pandangan aku tadi,aku siap bermimpi pasal kau tadi!
thanx ah kuda yang nama beauty !
aku mahu jadi pemburu berkuda!haaaaa~
x nak ah,aku rasa aku mahu considerkan surat tawaran sbg pemburu berkuda kali ni!


baca entri ini dengan alunan musik bebas!

Sunday, February 1, 2009

label

label,
senang dow nak labelkan orang?
cara melabel memang bervariasi lah!
kau kenal sekali pon,
kau berkata tentang dia
ya!itu pelabelan!
label lah ape kau mahu label?
janji kau sebut perkataan label dengan betul!
dusta lah kalau kau kata kau bukan pelabel,
aku rase suma orang adalah pelabel,
sedikit atau banyak ,
positif atau negatif,
itu hak kau,
kau yang digelar pelabel!
sedarlah!
ini hanya tempat persinggahan,
melabel orang mesti berpada,
aku berkata tentang aku,
kau mahu ambil tempat dalam monolog ini,
jemput lah,
aku hamba Nya.
aku bukan sempurna
aku memang pelabel!
kau pun sama!
haaaaaaaaa`
ini lah dunia!

kenapa 15

1,2,3 go!
yang ni jujur dow!
pls pls percaya!

15 sebab kenapa memburu beliau?
1)cara pertemuan yg macam drama! ya boleh diklasifikasikan 5 bintang
2)muka anda yang serius pon boleh sejukkan hati patik yg berbentuk petak,apetah lagi mak si popy!ibu?haha
3)aksi anda!
4)apabila anda ke markas,markas tiba2 ada cahaya tambahan yg memang boleh diekspres dengan satu jeritan waaaaaaaaaaah!
5)niat tetiba memberhenti merokok bermain2 di fikiran!walaupun pon x serius!mungkin satu hari nanti dow!
6)kawan anda yang kool dow!
7)saya berusaha untuk tatap wajah anda!
8)tiada aktiviti memburu selepas itu!
9)sebenarnya macam nak tido skang,tapi untuk 15 sebab ini macam perlu diselesaikan dulu je rase....kene ah selesaikan!
10)bersama anda,aktiviti mulut saya lebih fokus untuk ketawa!
11)nama anda boleh ditaip secara profesional dengan tutupan mata atau aksi yang tidak logik bagi manusia normal.
12)rasa macam ade lebih 11666 sebab je nak taip!haha
13)kalau anda penyangkut baju,saya mahu jadi tempat sidai itu!
16)lepas pegi camp,sy dah tahu definisi rindu dengan jelas!
17)tiada sentap2 la~
18)wah2,saya dah terlebih bagi sebab

tu je ah!

yang benar,
asmadi othman

Tuesday, January 20, 2009

lelaki 5





nama:piran hussein hamid!
pointer:infiniti
deskripsi:sebab kau piran,kau perfect!haha...
kau tutup muke pon aku rasa banyak lelaki boleh berubah menjadi gay sebab kau!
tu sweet dow.kau sorang je ade kad joker dalam dompet kau!

PEMERHATIAN 3

serius!
aku rasa aku berdiri di dunia ...memang bermisi!
sebagai khalifah agung!
dan banyak untuk pelbagai skop!
tapi sekarang umur di tahap emas
...mencari pengalaman
jalan,
cara,
semuanya memanglah bermaksud!
sedar tak sedar,
aku sudah menambah ilmu dalam hubungan sesama spesies,
bunyi lucu dow,
tapi tidak!
aliran menarik,bukan bermaksud gelap,
tak perlulah gelap sangat,
ini pun kira indah,
lihat dan perhati,
tak perlulah la mencatit,
sebab itu kan subjektif,
semua atas sendiri,
terima atau tidak!
cuti ini tidak sia-sia
kau dan aku semua
unik kan?
ya!dunia memang indah saat ini!
terimakaseh saat!
terimakaseh masa!
sebab kau,jadilah semua ini!
tiada sedihkan,
kalau sedih padamkan dengan kenangan indah!
pandang depan diri tegak senyum
konklusinya,perasaan itu indah!
sgt merepekkan?
tapi itu lah bahasa hati!
go lah madi!
haha!
tata!
lokasi anda?

Wednesday, January 14, 2009

ini bukan entri biasa 1


Qunut Nazilah

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun Wahai Tuhan yang bersifat murkaYa Allah, Ya Allah, Ya AllahWahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Mari bacakan Qunut Nazilah utk saudara-saudara kita di Gaza, Palestin yang dizalimi oleh Israel/Zionist laknatuLlah.
-at least aku baca,dan aku sentiasa berharap kau saudara seislamku dalam keadaan yang baik!kalaulah aku hebat!aku akan bantu semua orang!ya!aku benci dengan bangsa kau!tapi kau dasar jewish mmg stereotaip!
-kalau kau terbuka hati untuk membaca entri ini pon dah cukup!at least kau berdoa!
-hmmmm...bertuah kan rasa kalau kau di negara ini?

sembilan belas ke dua puluh~huuuu~

19 ke 20~
hanya angka!
x perlu risau!
sy rasa senang dengan aksi kamu!
jangan demam sangat~
pls~pls~pls~
ya!saya tidak hadir untuk hari tersebut!
kalau ingat je mungkin x cukup laaa~
mintak maap!
laen angka saya hadir!
harap itu bukan hanya sekadar tulisan je!
hmmm~
kalau lah.....
tapi itu kalau.....
haih!
selamat hari lahir syikin alfian!



Monday, January 12, 2009

definisi sweet!

indah betul melaka!
betul ~
percaya lah!
betul la~

melaka memang sweet ah!
sweet dow!
jgn la tanye ape itu sweet~
ye la ye la~
asmadi othman bagi contoh okay?
tonton la filem bertajuk 'MALACCA-follow the flow'
duration:2-3hari
SINOPSIS;
pada hari yang dikenali sebagai sebagai HARI ITU INDAH!2 orang superhero tempatan telah ke melaka untuk misi la~(senyum )

untuk 24 jam dalam sehari itu ,mereka luangkan !memang penuh dramatis dengan selingan yang aksi2 yang boleh diklasifikasi umum di eropah!






bintang anda dalam filem ini

masa itu berlalu,pulang itu dengan perasaan yang penuh gembira selepas menatap wajah2 yang digemari!walaupun singkat,tapi itu bermakna~ bukan sebab kau bermain guli disana tapi meluangkan masa yang mungkin menjamin masa depan yang menarik!

lalu masa tetap bersifat degil,bergerak dan bergerak!watak utama pun pergi untuk mengejar hari2 yang semakin tambah usianya!setiap hari itu penuh dengan dialog yang puitis!


penat!
tido!
berbual!
makan!
makan!
tido!
haaaaih entah la ~

hanya tido je dapat mempercepatkan waktu berjaga kita secara manual!hmmmm
kau pernah bermimpi?
sume pernah!
tapi ini mimpi indah!
pernah terjadi? s
haaaaaaa~
mereka hadir bukan dalam mimpi tetapi realiti dow!
ini serius!
dah penat untuk bercerita!
lihat sahaja gamba dari sedutan filem ini!
thanx !
itu sweet!


kepuasan hidup bukan ?kalu asik sentiasa indah!so mestilah ade halangan~
jap2 nak jerit!haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!dah!
time kaseh!
saya mahu sekuel filem ygg paling indah!
pls....pls.,..pls
hehe
kau dapat rasakan?