Sunday, March 29, 2009

kotak sahaja untuk kamu!

aku kenang,
aku amik kotak,
lalu aku amik kertas,
tuliskan nama aku dengan dakwat hitam,
aku amik pita lekat,
dan tampalkan di kotak itu,
jadi lah kotak hati yang minimalis disitu,
hati itu aku janji akan kutempatkan sebelum ku pergi,
aku cari di tempat itu,
sbb kau mengajar aku erti yang susah difahami,
sekarang aku teruskan misi dari penjagaku,
hati jangan jauh sgt,nanti aku penat mencarimu lalu mati,
mati tidak berhati satu epik!tidak praktikal disitu..
aku teruskan..hati dan kata ku berbeza,itu pengakuanku..
tapi...kalau hilang lagi?
aku yang salah,sebab kau betul!
hatiku kau cuba datang sendiri,sebab kotakmu disini!