Sunday, March 29, 2009

lepas ini adalah pos untuk wanita 5!


lucky ball no 5 ada jawaban tersebut!

kotak sahaja untuk kamu!

aku kenang,
aku amik kotak,
lalu aku amik kertas,
tuliskan nama aku dengan dakwat hitam,
aku amik pita lekat,
dan tampalkan di kotak itu,
jadi lah kotak hati yang minimalis disitu,
hati itu aku janji akan kutempatkan sebelum ku pergi,
aku cari di tempat itu,
sbb kau mengajar aku erti yang susah difahami,
sekarang aku teruskan misi dari penjagaku,
hati jangan jauh sgt,nanti aku penat mencarimu lalu mati,
mati tidak berhati satu epik!tidak praktikal disitu..
aku teruskan..hati dan kata ku berbeza,itu pengakuanku..
tapi...kalau hilang lagi?
aku yang salah,sebab kau betul!
hatiku kau cuba datang sendiri,sebab kotakmu disini!

Thursday, March 19, 2009

Monday, March 16, 2009

Thursday, March 12, 2009

pemerhatian 5

selepas,
hilang nya hati ini..
aku rela pergi..
kau yang terakhir
aku mahu kasihi...
aku tidur,aku pejamkan mata.
imaginasi aku tentang kau terus menusuk piksel-piksel fikiran ku..
kalau ini terlalu awal..
batu pun akan berubah,
manusia lagi lah..
semuanya masa..
sekali-sekala mahu ku beli masa..
tapi aku sedar..
masa sangat mahal..
aku harap masa memihak terhadap aku..
aku mahu berlari
lari pun memikirkan kau..
mesti angin pun mahu ambil tahu ..
angin kau hanya penyeri untuk aku
tapi timekaseh untuk itu.
kalau satu hari nanti kau akan pergi..
harap jangan.
serius..
hati aku tersangkut didadamu..
tiada istilah yang boleh menilai
hati aku.
itukah suara lelaki yang memburu cinta
subjektif kan..
satu lagi..
aku cuma bagi rasa tentang itu..
macam biasa wanita penilainya...
jangan tanya lagi pasal ini.
sebab ini boleh buat aku sasau !
kau rasa sendiri!

Monday, March 2, 2009

hujan semalam di bumi tronoh

hujan,
sejuk,
demam,
sinonim sungguh anda..
tiada irama lagu dari si katak untuk menemani hujan itu...
kalu katak tiada lagu,
mungkin anda penyeri si hujan,
hati mudah berkata benar bila hujan mungkin,
haih,
jangan mengeluh lah si hati,
pejam!nikmati! dengar irama rawak darimu....
bukan ku pinta demam,
tapi memang kajian terbukti..
kau hujan penyebab demam..
dari jauh sudah tahu kelibat kamu..
yang rindukan bumi gersang tronoh ini..
harap begitu..
tapi itu semalam..
hari ini..
hingga seterusnya..
harap basahmu hilangkan rindu
kau yang bernama tronoh..