Wednesday, July 29, 2009

hilangkan aku dari peta dunia.

aku mahu hilang,
dunia yang indah.
sekadar jumpa.
aku rela hilang dari peta dunia.
untuk seketika.
kembali
berwajah baru
bagai panglima di darat
lanun di lautan,
darah dan fikiran
digilap untuk kebaikan
jumpa lagi masa depan.
peta dunia kau mahu ku hilangkan?

Wednesday, July 22, 2009

siulan syaitan songsang darah muda

kau muda,
kecil yang kau ingat besar,
hitam yang kau sangka kuasa,
darah kau darah aku sama,
hubungan jelas tertera,
tunbukan yang kau rasa,
jelas,maaf untuk kau bersyarat,
kau dengan syaitan ,
kau beredar,
syaitan ketawa,kau berduka,
kerana kau masih muda,
siulan sahaja ,
kau terpedaya,
mana arah yang kau pergi?
itu pun kau salah,
kau mahu monolog ku bagi,
tumbukan itu,
aku marah,
kalau kau sedar
sebab kau,
hilang air mata ,
sebab kau ,
masa pergi bersahaja,
sebab kau,
duit entah ke mana,
sebab kau,
hati luluh tidak bersuara,
tipu diri aku,
kalau aku tak sayang kau.
kau dan aku berbeza,
banyak cara mengajar kita.
jangan mati hati.
siulan pergi dari sini.
dia masih muda.

Wednesday, July 1, 2009

secawan malam

bak datang weii!aku dah mula berhenti kerja untuk bersama anda semua!jangan byk tanye ape keje aku!pekerjaan yang paling tough dalam malaysia!babai..sampai ketemu semua!darah mula emas lepas warm-up masa kerja!hadeeeyh~