Wednesday, April 22, 2009

entri aku mula membosankan!

larinya sebuah cerita,
disebabkan tiada plot untuk diingati,
babak dan episod hidup mesti ada kualiti,
kalau kau boleh mengingati sudah cukup,
aku mahu senyuman yang ganjil,
yang lahir untuk kamu
bagiku,
pengukir senyuman, pengukir yang agung,
hati engkau separuh bidadari ,
hati itu penuh rahsia,
bagiku lagi,
untuk kau,
tiada sebab untuk lari ,tinggal, lalu ketawa untuk itu.
entri ini masih bosan aku rasa..

Wednesday, April 15, 2009

mesin masa kemana kau?


gamba diatas dicuri dari nadeazowie punya artwork!(taqim dan ali thanx interframe)
tarikh:cuti sem mase 1st sem!
hari ini,
tidak berminat untuk meletakkan pos untuk wanita ke-5
sebab gambar2 dalam kotak memori alat canggih aku terhad dan hanya gambar2 lama yang tinggal,
bila aku lihat gamba diatas dalam page seorang kenalanku aku mula sedar masa itu bergerak pantas,
tiada lagi masa yang boleh dibuang dengan sewenang-wenangnya,setiap detik itu pengalaman,setiap kawan itu permata,kalau permata tidak digilap mungkin akan pudar serinya apatah lagi kawan,aku percaya satu hari kita akan luangkan masa seperti dulukala seperti aku adalah jelmaan 18 orang manusia yang sama dan pergi ke 18 tempat serentak untuk meluangkan masa bersama anda.kalau itu masih x cukup aku beli mesin masa untuk bina hari yang panjang seronok dan dapat menjawab test dengan baik tadi!macam biasa akhir kata aku x benci kau test cuma kau kene faham aku sikit je!selamat menjawab peperiksaan untuk semua yang sedang menghadapi nya,saya disisi anda!